KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 4 April ini untuk keputusan permohonan semakan kehakiman Pertubuhan Kebajikan Rumah Bonda Kuala Lumpur yang lebih dikenali sebagai Rumah Bonda bagi mencabar tindakan Lak atau sita oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan terhadap premis berkenaan.
Rumah Bonda selaku pemohon menerusi pengerusinya Siti Bainun Ahd Razali memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 13 Ogos 2021 dengan menamakan Pengarah JKM Wilayah Persekutuan serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai responden pertama dan kedua.
Peguam Asiah Abd Jalil yang mewakili pemohon berkata Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pemohon dan responden menerusi aplikasi Zoom hari ini.
"Keputusan semakan kehakiman itu akan disampaikan melalui aplikasi Zoom, pada 10 pagi," kata peguam itu kepada pemberita. Prosiding itu turut disertai Peguam Kanan Persekutuan Nur Idayu Amir mewakili responden.
Pada 15 Nov 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Rumah Bonda untuk mendapatkan kebenaran daripada mahkamah bagi memulakan semakan kehakiman terhadap tindakan Lak atau sita terhadap premis di Taman Setapak itu, susulan dakwaan penderaan remaja sindrom down dikenali sebagai Bella selepas membenarkan bantahan Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan tersebut.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 25 Julai 2023 memerintahkan permohonan semakan kehakiman pertubuhan kebajikan itu dikembalikan untuk didengar di Mahkamah Tinggi, apabila panel hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa terdapat merit dalam rayuan Rumah Bonda.
Dalam permohonan itu, Siti Bainun mendakwa Notis Tindakan Lak yang dikeluarkan JKM pada 9 Julai 2021 terhadap pemohon dan pelaksanaan tindakan itu pada 12 Julai tahun sama adalah dipengaruhi desakan masyarakat susulan laporan media mengenai dakwaan berlaku penderaan terhadap Bella yang tular pada 5 Julai 2021.
Siti Bainun antara lain mendakwa kedua-dua responden bertindak sedemikian sebagai suatu reaksi terburu-buru selepas desakan masyarakat yang menuntut JKM dan kerajaan mengambil tindakan tegas dalam kes itu sedangkan remaja tersebut tiada kaitan dan bukan penghuni Rumah Bonda.
Pada 3 Mei 2023, Mahkamah Sesyen memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun serta-merta selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman apabila didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 15 2024
Siti Bainun memfailkan permohonan semakan kehakiman itu pada 13 Ogos 2021. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Dua pemungut telur penyu terlepas hukuman mati
Ia selepas mahkamah sebulat suara menggantikan sabitan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh kepada Seksyen 304 (a) kanun sama.
Mahkamah benar rayuan SC untuk ketepi pembebasan bekas eksekutif Malaysian Merchant
Panel tiga hakim dalam keputusan sebulat suara mendapati Mahkamah Tinggi telah terkhilaf dalam membebaskan Ramesh tanpa mengambil kira merit kes itu.
Saman fitnah: Mahkamah tolak rayuan bekas Ahli Parlimen Padang Serai
Pada 23 Feb tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan saman fitnah pasangan itu terhadap Gobalakrishnan dan memerintahkan beliau membayar ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada mereka.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Pemandu jengkaut terlepas hukuman mati, digantikan penjara 38 tahun
Zulhisham Fadly yang diwakili Mazlan Md Zain, telah dipenjarakan selama hampir 16 tahun.
Kes bunuh anak tiri: Boy Tiger terlepas hukuman mati, dipenjara 35 tahun
Seorang bekas kontraktor terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman itu dengan penjara 35 tahun atas kesalahan membunuh anak tirinya.
Datuk rogol cucu: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 20 tahun
Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang datuk kerana merogol cucu perempuannya yang berusia tujuh tahun enam tahun lepas.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.